Jumaat, 5 Oktober 2012

TIP UNTUK CARI BLOG DALAM GOOGLE




Macam Mana Nak Buat Blog Muncul Dalam Carian Google


Sebenarnya anda tidak perlu lakukan apa-apa, untuk memungkinkan blog anda muncul di carian google. Saya juga tidak pernah melakukan apa-apa teknik. Saya masih ingat kali pertama, blog diindeks dalam carian google.


Hasil pemerhatian dan pengalaman dalam dunia blog ini serta pembelajaran tentang teknik SEO, ada beberapa perkara yang mesti kita lakukan untuk menempatkan blog dalam carian google. Kejayaan yang paling utama apabila kita berjaya menempatkan blog kita pada kedudukan yang pertama.

Antaranya :
*Menulis dalam perkataan yang penuh dan betul ejaannya dalam bahasa melayu, bukan ringkas. Elakkan menggunakan ejaan sebutan yang entah apa-apa. Jika ringkas gunakan istilah ringkas yang sering digunakan dan mudah difahami.

*Gunakan bahasa atau perkataan yang mudah. Seperti bahasa percakapan harian yakni bukan bahasa pasar tetapi bahasa/perkataan yang boleh digunakan dalam karangan berformat dialog. Sila rujuk guru bahasa melayu anda! Hal ini penting kerana pengguna akan mencari sesuatu bahan, artikel atau berita menggunakan sesuatu kata kunci atau istilah yang biasa digunakan.

*Gunakan template blog yang mesra SEO. Contohnya template dari blogspot, wordpress, template yang direka khas oleh penyedia ruangan blog/web. Template yang berat atau server yang menempatkan template tersebut lembap, akan menyebabkan masa loading lambat. Perkara ini akan mempengaruhi SEO.

*Sidebar yang menempatkan ruang posting diletakkan di sebelah kiri. Kerana tulisan rumi dibaca dari kiri ke kanan. Jika anda memilih tiga column, pastikan 2 column yang menempatkan widget disebelah kanan, manakala, column yang menempatkan ruang posting disebelah kiri. Memudahkan googlebot (crawler) memadankan keyword yang dicari pengguna dengan posting di blog anda. Sekiranya, anda meletakkan widget di sebelah kiri, maka lambatlah proses crawling kandungan posting anda diindeks ke enjin carian. Mungkin blog akan ‘miss’ untuk disenaraikan.

*Selepas publish entry/posting, sila lakukan ping pong di beberapa tempat seperti
Gengblogger, Ping-o-MaticTotalPingPinglerPingMyBlog.com. Trafik blog anda akan meningkat, crawler dan googlebot akan mudah menjejaki kandungan blog anda. Jadi harap atau peluang untuk disenaraikan dalam enjian carian sangat cerah.


 

Blog atau web yang kandungannya boleh dipercayai, blog/web yang popular atau mempunyai trafik tinggi, kata kunci yang paling sepadan dengan yang dicari akan berada pada kedudukan yang pertama dalam enjin carian. Begitulah untuk kedudukan yang seterusnya. Wajib diingatkan, isi kandungan sesuatu posting haruslah sama dengan tajuk dan meta tag yang dinyatakan. Jika tidak ia akan memberikan kesan yang buruk pada prestasi blog/web anda! Itupun jika anda tidak kisah dengan prestasi blog/web anda. Jika kisah, ikutlah saranan-saranan tersebut.

Setakat ini sahaja, diharap tips yang diberikan bermanfaat untuk rakan-rakan semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAI SEMUA....