Jumaat, 2 November 2012

GAYA STREET MARKET-PASAR JALAN GAYA

Jika Anda berada di Kota Kinabalu dan secara kebetulan pada hari Ahad, jangan lupa mengunjungi Pasar Tamu Jalan Gaya

Setiap pagi Ahad, laluan sepanjang Jalan Gaya akan ditutup kepada lalulintas bagi memberi laluan kepada Tamu Jalan Gaya.

Pasar ini dibuka pada orang ramai dari jam 6.30 hingga 1.00 tengahari.


PASAR JALAN GAYA KOTA KINABALU

PERDANA PARK TANJUNG ARU

sempat singgah di Perdana Park, Tanjung Aru (Kota Kinabalu). Salah satu tempat riadah dan pelacongan di Sabah yang semakin menjadi tarikan pengunjung tempatan dan pelancong luar walaupun baharu saja dibuka secara rasmi akhir Januari tahun ini.
memang terniat untuk singgah di tempat ni. Datang ke kawasanTanjung Aru Beach ini kerana ramai dah beritahu tentang kehebatan tempat ini taman ini akan membuat persembahan air pancut berirama (Musical Fountain) pada setiap malam.
Selain daripada persembahan air pancut berirama sebagai daya tarikan, Perdana Park ni juga dilengkapi dengan kemudahan lain; antaranya jogging track, fitness center dan taman permainan kanak-kanak. Jadi tempat ni memang sesuai untuk riadah keluarga.
tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung yang masuk selain daripada bayar tempat letak kereta RM1.50.
Persembahan air pancut berirama setiap malam akan dibuat sebanyak empat kali.


PERDANA PARK TANJUNG ARU

WATER WORLD THEME PARK&KAMPUNG NELAYAN

Tempat nie terletak di Taman Tun Fuad Stephen, Bukit Padang, Kota Kinabalu.
Kalau lihat gambar-gambar di bawah nie memang nmpk mcm tiada pengunjung tapi kalu petang2, org yg berkunjung terlalu ramai sehinggakan kita tidak nmpk lagi lantai kerana dipenuhi dgn kain2 baju, seluar-seluar kecil/besar/tangan panjang dan tuala-tuala kecuali tuala yg gitu-gitu itu sangkaan aku hahaa

Ok, kalu mau berkunjung ke sini...... tiket masuk Rm15 sorang kecuali kanak2 dibwh 3 tahun (lain juga OOo... mau mandi puuuunnn..kena byr hahahaha...

Bagi yg tidak mau masuk water world, bulih lah pigi ke pondok2 urut (istimewanya - tukang urutnya urg yg buta) aku pun tak tahu betul ke tidak sebab masa aku pergi tidak ada pun tukang urut...hemmm atau ke restoran2 nelayan di sana.....

aku cuma mahu pergi ke water world cuma nak tengok2 tempat saja yg mengejutkan kampung nelayan yang aku tgok dulu... dibelakang restoran ini baru itu water world thema park sungguh mengejutkan hahha



water world theme park










kampung nelayan



THE GREEN CONNECTION

Green Connection ini di buka Setiap hari dari jam 9.30 pagi sehingga 5 petang.Mengikut cerita orang-orang yang pernah datang, Green Connection ne macam Aquaria KLCC juga...

tapi masa aku pergi hari tu...masa orang membuat kebersihan...tapi jika nak kata kan Aquara KLCC ku rasa tidak sama...jika nak rasa sendiri pergi lah melawat dan tengok sendiri keadaan di sana...

Dapt tengok haiwan, boleh dapat info juga.So melawat sambil belajar 

TIKET MASUK : RM15.00 DEWASA


THE GREEN CONNECTION 

ST MICHAEL CHURCH PENAMPANG

Nama daerah Penampang diambil dari nama salah sebuah kampung yang terawal diwujudkan bernama Kg.Penampang.
  
 Kampung ini mendapat nama dari perkataan 'Pampang' yang bererti batu besar.  Ini kerana pada zaman dahulu banyak batu besar terdapat dikawasan Kg.Dambai ditepi Sungai Moyog/Petagas dimana Kg. Penampang terletak sekarang.

 Lama-kelamaan sebutan "Pampang" bertukar menjadi Penampang.

Perlu diambil perhatian bahawa bangunan Gereja St.Michael Penampang dibina dengan menggunakan batu besar dari kawasan Kg.Penampang...ianya di kelilingi oleh rumah-rumah penduduk tempatan...

Gereja ini merupakan gereja tertua di sabah dan yang uniknya dibina dengan menggunakan batu2 yang besar

jika nak melihat sendiri dan merasainya pergi lah melihat dengan mata sendiri hahahaha....

ST.MICHAEL CHURCH PENAMPANG SABAH



SIGNAL HILL OBSERVATORY PLATFORM

Selepas melawat Menara Jam Atkinson kita boleh pergi ke Signal Hill Observatory yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 10-15 minit sahaja. Di Signal Hill Observatory kita boleh menikmati pemandangan Kota Kinabalu yang begitu cantik dan indah. Masuk disini adalah PERCUMA dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Jadi kalau ke Kota Kinabalu jangan lupa singgah disini ye..
Terdapat tempat rehat dan tempat duduk untuk menikmati pemandangan di Signal Hill Observatory. Memang rugi kalau tak pergi sini..Tapi jika hari dah petang memang banyak orang datang ke sini....



\
signal hill observatory platform kota kinabalu
meanara jam atkinson dan signal hill observatory berdekatan saja jadi tidak salah jika megunjungi tempat ini  sekali gus....

PETAGAS WAR MEMORIAL-TAMAN PERINGATAN PETAGAS

Taman Memorial Perang ini telah dibuka sempena memperingati jasa mereka yang telah gugur di medan peperangan semasa mempertahankan Sabah pada zaman pemerintahan Jepun sepanjang Perang Dunia Ke-2.
Taman Memorial ini terletak di tempat asal di mana 176 daripada pejuang gerila telah dibunuh beramai-ramai pada 21hb Januari 1944
saya memang suka bermain dengan camera jadi semoga sedikit info ini berguna untuk semua....
saya memang sengaja mahu pergi ke tempat ni kerana ini tempat bersejarah...

Taman peringatan petagas

MENARA TUN MUSTAPHA-SABAH FOUNDATION BULDING


SAYA INGIN SANGAT PERGI KE BANGUNAN INI KERANA INGIN MERASAI RESTORAN YANG BERPUSING YANG MENJADI TARIKAN PELANCONG KE SINI TEPI MASA SAYA PERGI NI SUNGGUH LAH HAMPA SEBAB ORANG YANG BERKERJA DI DALAM BANGUNAN INI MEMBERITAHU 

WANITA : ADIK NAK KEMANA?
SAYA :OH YA KAK SAYA INGIN PERGI KE RESTORAN ATMOSPHERE....SEBAB SAYA ADA TENGOK INTERNET YANG ADA RESTORAN INI DAPAT BERPUSING....
WANITA : O..RESTORAN ITU SUDAH LAMA TUTUP...
SAYA :IYA KA DENGAN NADA TERKEJUT DAN HAMPA...O..TAK APA LAH KAK KALAU MACAM ITU...TERIMA KASIH....

ITU LAH PERBUALAN AKU DENGAN WANITA TERSEBUT....

JIKA ANDA SEMUA NAK PERGI KE SINI MENGGUNAKAN KERETA.....GUNAKAN JALAN UMS PASTI SAMPAI JALAN NYA LURUS SAJA...JIKA PERGI KE SINI JANGAN LUPA PERGI 1 BORNEO...JUGA..

MOGA SEDIKIT INFO INI BERGUNA UNTUK SEMUA.....
Menara Tun Mustapha yang terletak di Kota KinabaluSabah merupakan antara 4 bangunan di dunia yang menggunakan teknologi "bangunan tergantung". Menara yang disiapkan pada tahun 1976 ini dinamakan bersempena Ketua Menteri Sabah ketiga, Tun Datu Mustapha Datu Harun.
Menara setinggi 30 tingkat ini menempatkan beberapa jabatan kerajaan negeri serta menempatkan ibu pejabat Yayasan Sabah. Akan tetapi, tarikan utama menara ini adalah restoran berputar "Atmosphere" di tingkat 18 yang merupakan satu-satunya restoran berputar di pulau Borneo(SUDAH TUTUP LAH). Menara Tun Mustapha senang dilihat jika anda berkereta ke utara Kota Kinabalu.


MENARA TUN MUSTAPHA

ATKINSON CLOCK TOWER-MENARA JAM ATKINSON

 SEBENARNYA SAYA TAK TAHU PUN TEMPAT BERSEJARAH NI TAPI KERANA TAK TAHU APA LAGI NAK BUAT DI SABAH JADI AKU MENCARI-CARI DALAM INTERNET TEMPAT BERSEJARAH DI SABAH DAN INI ADALAH SALAH SATUNYA...

 JIKA ANDA MENGGUNAKAN KERETA JIKA TIDAK TAHU JALAN KE TEMPAT INI TENGOK-TENGOK LAH PETA GOOGLE...SAYA PERGI KE TEMPAT INI DENGAN BERPANDUKAN PETA DARI GOOGLE SAJA...

JIKA ANDA MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR LEBIH BAIK LAGI KERANA DENGAN MENGGUNAKAN GPS TELEFON TERSEBUT KAMU TIDAK AKAN MUDAH TERSESAT...SELAMAT MELANCONG KE PADA SEMUA...

SEMOGA SEDIKIT INFO INI BERGUNA UNTUK SEMUA...

Menara Jam Atkinson ialah antara bangunan tertua yang masih gagah berdiri di sebalik kesibukan bandar Kota Kinabalu sehingga kini. Nama asal bangunan ini ialah Atkinson Clock Tower. Terletak berhampiran dengan Padang Merdeka KK.
Dibina pada 1905, tujuan pembinaannya ialah untuk mengenang jasa seorang pentadbir British yang berkhidmat pada masa itu iaitu Francis George Atkinson, yang meninggal dunia pada usia 28 tahun akibat ‘demam borneo’. Menara ini dibina hasil sumbangan keluarga Atkinson dan para pelayar pada masa itu
Pembinaan menara ini dilakukan oleh tukang kapal. Dibina dengan kayu Merbau tanpa menggunakan sebarang paku. Tinggi menara ini ialah 50 kaki dan tapak menara 6’3″ x 6’3″. Menara ini menjadi panduan kepada kapal yang ingin berlabuh di Jesselton pada masa itu sehingga 1950an.

ATKINSON CLOCK TOWER KOTA KINABALU SABAH

TUGU PERINGATAN DOUBLE SIX





TUGU PERINGATAN DOUBLE SIX 



Dalam tragedi yang berlaku pada pukul 3.50 petang, Jun 6, 1976, pesawat Nomad buatan Australia dan milik Sabah Air terjatuh ke dalam laut di pantai Sembulan, Kota Kinabalu, dan meragut nyawa Ketua Menteri Sabah yang pertama dan kelima, Allahyarham Tun Muhammad Fuad Donald Stephens.
Stephens, dari Papar dan Tambunan, yang juga dikenali sebagai Hoguan Siou (Pemimpin Agung) kaum Kadazan-Dusun, suku kaum bumiputera terbesar di Sabah (45 peratus penduduk Sabah), ialah seorang Bapa Kemerdekaan Sabah.
Allahyarham telah menjadi Ketua Menteri Sabah pertama dari tahun 1963 ke 1964 dan Yang Dipertua Negeri Sabah ketiga dari tahun 1973 ke 1975. Stephens ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dari kaum Kadazan-Dusun.
Allahyarham adalah ayahanda kepada bekas pengarang majalah Men’s Review Faridah Jean Stephens dan usahawan Asgaari James Stephens dan Affendi Richard Stephens (seorang pemilik syarikat Astro TV).
Allahyarham juga adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah keenam Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan yang kini bergelar Timbalan Ketua Menteri Sabah. Kitingan adalah pemegang gelaran Hoguan Siou selepas kematian Stephens.
Stephens adalah bekas pemilik bangunan terkenal di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, Wisma Cosway, yang asalnya digelar Wisma Stephens.
Allahyarham juga adalah wartawan pertama di Sabah dan pengasas surat khabar The Sabah Times (kini The New Sabah Times).
Stephens juga adalah kawan karib wartawan Korea-Amerika terkenal Jimmy Hahn, ayahanda kepada wartawan CNN Lorraine Hahn (yang berketurunan Korea, Cina dan Thai dari Pulau Pinang).
Turut terkorban dalam nahas ngeri itu ialah:
Menteri Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Peter Mojuntin iaitu ayahanda kepada Ahli Parlimen Penampang Datuk Donald Mojuntin [dari Penampang];
Menteri Perhubungan Dan Kerja Raya Sabah Datuk Chong Thian Vun [dari Sandakan];
Menteri Kewangan Sabah Datuk Salleh Sulong [dari Kota Belud];
Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri Darius Binion [dari Penampang];
Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Wahid Peter Andu [dari Penampang];
Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Syed Hussein Wafa [Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Penampang];
Setiausaha Sulit bekas Presiden Petronas dan bekas Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan [dari Kota Baru, Kelantan];
Pengawal peribadi Stephens, Korporal Mohamad Said [dari Penampang];
Juruterbang pesawat Kapten Gandhi J. Nathan [dari Kuala Lumpur];
Anak angkat Stephens, Johari John Stephens.
Kitingan yang pada masa itu bertugas sebagai Pembantu Ketua Menteri hampir menaiki pesawat yang malang itu tetapi disuruh menukar pesawat oleh Stephens.
Tengku Razaleigh juga hampir menaiki pesawat itu tetapi telah dibawa ke dalam pesawat lain oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Harris Salleh, yang akhirnya menggantikan Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah kelima.
[Harris, ketua kaum Kedayan dari Labuan adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah ke-13 Datuk Seri Musa Aman Khan. Musa adalah saudara kepada isteri Harris Datin Seri Rubiah Khan yang berketurunan Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Beaufort]
Pesawat yang hanya boleh memuatkan 6 orang anak kapal itu terhempas berdekatan dengan Kampung Air Sembulan yang berhampiran Masjid Negeri Sabah dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (2 km dari tempat nahas).
[Kampung Air Sembulan kini telah dibangunkan semula sebagai kawasan perumahan moden]
Pasukan penyelamat dari polis, tentera dan bomba, mendapati bahawa mayat kesemua mangsa telah hancur. Kecuali Mojuntin yang hanya cedera di belakang kepala.
Pesawat itu telah bertolak dari Lapangan Terbang Labuan pada pukul 3.30 petang menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Pemimpin-pemimpin negeri Sabah pada masa itu sedang menyambut Tengku Razaleigh yang melakukan lawatan rasmi ke Sabah. Lawatan itu bermula di Labuan.
Pada awal pagi sebelum kejadian, Stephens telah menyertai pertandingan berjalan kaki di Kota Kinabalu. Allahyarham kemudian menaiki pesawat ke Labuan pada jam 10 pagi.
Pada pukul 3.30 petang, dua pesawat Sabah Air bersedia membawa rombongan Stephens dan Razaleigh pulang ke Kota Kinabalu.
Razaleigh dan Kitingan dijadualkan menaiki pesawat yang sama dengan Stephens tetapi Stephens telah mengarahkan Kitingan bertukar tempat dengan Mojuntin yang dijadualkan mengiringi Harris dalam pesawat yang kedua.
Harris telah membawa Kitingan dan Razaleigh ke dalam pesawat yang kedua, dengan persetujuan Stephens.
Stephens telah dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah. Allahyarham menjadi Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dikebumikan di masjid itu.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Rahimah June Stephens dari Sandakan, dan 3 orang anak iaitu Affendi, Asgaari dan Faridah.
Kerajaan Malaysia telah menamakan beberapa jalan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, jalan pasar Kota Kinabalu, dan kompleks kerajaan di Karamunsing, Kota Kinabalu, sempena Allahyarham.
Kerajaan negeri Sabah pimpinan Harris telah mengarahkan pembinaan tugu peringatan Double Six di tempat nahas pada akhir tahun 1976.

Isnin, 8 Oktober 2012

BEACH REPUBLIC

Beach Republic - Miri, Sarawak
Restoran Asian Fusion - Restoran Burger - Sandwich Shop - Restoran Makanan Segera - Hot Dog Joint
Lot 344 Luak Bay(Opposite of Ocean Park),98000 Miri, Sarawak
085 - 424 040
atau
Facebook Beach Republic


    Pertama kali menjejak kan kaki ke Tempat ini hati sungguh terpesona melihat kecantikan tempat ini..dengan swimming pool yang berada di tengah- tengan dan meja yang tersusun rapi... saya dan suami sungguh terpesona melihat keindahan tempat ini dengan keindahan pantai yg tak jauh..kolam renang yang cantik,GYM yang memberi semangat baru,gelanggang bola keranjang...wow..tempat ini sungguh mariah lagi jika hari minggu dan cuti umum...

NICE PLACE TO EAT IN MIRI...

    Mahu pesan makanan...aha.....sini mereka menggunakan SISTEM LAYAN DIRI... sama seperti kfc dan restoran -restoran yang lain..jadi jika anda seperti saya pertama kali  ke sana jangan terus duduk ok...tiada pelayan yang akan minta pesanan dari anda semua...haha...

     Kaunter untuk pesan makanan berada di dalam kawasan yang berhawa dingin... Terdapat dua pilihan mahu tempat berhawa dingin atau angin sepoi - sepoi dari arah pantai.....jika inginkan suasana yang berhawa dingin anda juga dapat menikmatinya dan jika inginkan suasana tiupan sepoi - sepoi  dari pantai anda juga boleh menikmatinya di luar..

Mahu bersenam...disini terdapat GYM tapi saya tak tahu berapa bayaran masuk tapi kaunter pelanggan dia sungguh mesra pelanggan jika nak tanya sila kan tanya saja...

Mahu mandi manda...haha boleh saja..bayaran untuk mandi di kolam renang RM3.00 seorang

Design beach republic ni cantik kan...


Swimming pool
yuran masuk  :RM 3.00

Kolam Renang ini terdapat dua bahagian satu bahagian kanak-kanak dan
 satu lagi bahagian  orang dewasa
Mahu mandi,berenang dan berkelah bersama orang tersayang pun boleh
Mahu guna baju biasa disini guna baju biasa pun boleh mandi...jadi jom cuba..

Foto: Nasi Lemak^^RM9.90^^
Nasi Lemak :RM 9.90



Foto: Nasi Goreng Special^^RM7.90 Only^^
Nasi Goreng Special :RM 7.90
Foto: BBQ Chicken wing...RM15...^^
BBQ Chicken wing :RM 15

BELUM PERNAH PERGI INGIN MENCUBA SATU KALI...JOM  KITA SAMA-SAMA MENCUBA

SEMOGA SEDIKIT INFO INI BERGUNA UNTUK SEMUA......







Jumaat, 5 Oktober 2012

TIP -TIP UNTUK ULANGTAHUN PERCINTAAN


Setiap pasangan kekasih pasti mengingati serta meraikan hati ulang tahun percintaan mereka. Meraikan hari ulang tahun itu tidak salah malah ia baik kerana ini adalah salah satu cara menunjukkan kasih saying masing-masing masih menebal biarpun percintaan dimamah masa dari tahun ke tahun.

Namun tidak perlulah meraikannya terlalu keterlaluan. Bukan cara sambutan itu yang jadi ukuran kasih sayang tetapi apa yang lebih penting kamu saling mengingati satu sama lain. Ikutlah panduan dibawah bila tiba hari ulang tahun percintaan kamu dan pasti si dia gembira dengan apa yanjg kamu lakukan ini.

Langkah Pertama
Ucapan adalah yang paling penting. Sebaiknya tepat jam 12 tengah malam pada tarikh hari ulang tahun percintaan kamu kirimkanlah SMS romantic buat si dia dan nyatakan perasaan kamu selama bersamanya.

Langka Kedua
Atur Pertemua dan luangkan masa bersama si dia di hari ulang tahun kamu berdua. Andai ada peluang pergilah bercuti raikannya sehari bersama. Bermula dari bersarapan bersama, kemudian membeli belah dan seterusnya menonton wayang. Jadikanlah hari istimewa ini paling manis buat kamu berdua.

Langkah Ketiga
Makan Malam Berlilin bukanlah peluang yang selalu dapat dilakukan. Apa salahnya kelau setahun sekali kamu dan si dia makan bertemankan lilin dengan suasana yang penuh romantic. Kalau tidak mampu ke restoran eksklusif apa kata kamu sediakan sendiri. Jadikan lama rumah sebagai restoran bertaraf 5 bintang. Nyalakan lilin di sekeliling lama. Kemudian, mainkan lagu-lagu cinta, pasti lebih romantik kan?

Langkah Keempat
Hadiah juga salah satu keperluan ketika meraikan hari ulangtahun kamu berdua. Saling bertukar hadiah adalah sebagai tan kamu saling menghargai dan berterima kasih. Nilai hadiah tidak penting, mahal atau murah ianya bergantung pada kemampuan. Apa yang lebih penting adalah kamu ikhlas member.

Langkah Kelima
Kejutan membuatkan si dia berasa terharu dan gembira. Buatlah satu kejutan dan tidak bergantung pada makan malam dan hadiah sahaja. Mungkin setelah selesai makan dan beri hadiah kamu boleh memainkan gitar atau piano lagu cipataan kamu sendiri yang ditujukan khas buat si dia ataupun jika kamu berbakat berpuisi atau bersajak. Kamu deklamasikanlah sajak atau puisi untuknya. Pasti sambutan ulangtahun kamu kali ni lebih romantik.

VALENTINE DAY/HARI BERKASIH SAYANG


Valentine’s Day | Hari Kasih Sayang

Hari kasih sayang atau Hari Valentine diasosiasikan oleh para pecinta dengan saling bertukar dalam simbol modern seperti misalnya coklat berbentuk hati, bunga mawar berbentuk hati, kartu berbentuk hati, gambar-gambar cupid bersayap, dan lain sebagainya. Di Amerika, Hari Valentine merupakan hari raya terbesar kedua setelah hari Natal. Dan diperkirakan sekitar 85%, kaum wanitalah yang paling dominan membeli kartu-kartu valentine.
Sebuah kencan pada Hari Valentine seringkali dianggap bahwa pasangan yang sedang kencan terlibat dalam sebuah hubungan serius. Sebenarnya Hari Valentine itu merupakan Hari Percintaan, bukan hanya kepada pacar ataupun kekasih, Valentine merupakan hari terbesar dalam soal percintaan dan bukan berarti selain valentine tidak merasakan cinta.
Di Amerika Syarikat, Hari Valentine diasosiasikan dengan ucapan umum CINTA PLATONIK; “Happy Valentine’s”, yang bisa diucapkan oleh pria kepada teman wanita mereka, teman pria kepada teman prianya, dan teman wanita kepada teman wanitanya. Cinta platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah relasi yang sangat afektif, tetapi di mana unsur-unsur rasa ketertarikan secara seksual tidak terdapat, terutama apabila hal ini justru malahan diperkirakan ada.




MENUNGGU SANG WAKTU


Jarak yang menisahkan kita

Perlahan diri ini seperti gila

Disaat ku mendengar suaramu

Tapi rasa rindu ini tetap berada dalam hati



Kapankah penantian ini kan terhenti

Hanya waktu yang bisa menjawab

Ku hanya bisa menahan rasa rindu ini

Dan hanya bisa menunggu sang waktu



Ku hanya ingin merasakan lentik jemarimu

Dan merangkul mu di pelukanku

Namun perasaan itu hanya membuatku semakin rapuh

Karena ku tak tahu bagaimana dirimu sekarang



Disaat ku terdiam sejenak

Yang terpikir olehku

Akankah ku bertahan atau bagaimana

Disaat ku merasakan kesendirian





KENANGAN DAN HARAPAN


Waktu itu masih ku ingat

Enam tahun yang lepas…

Kala itu bulan october musim penghujan

Saat kita bertemu dalam dunia maya

Yang membuahkan cinta dihati…kau dan aku



Kini…bermusim kita masih berjauhan

Direntangi samudra mimpi…

Yang ntah bila kan menjadi nyata…

Walau dalam angan cinta masih terpahat indah

Dalam hati sanubari yang menyimpan segumpal rindu…

Misteri dan tanda tanya…bilakah itu terjadi.....

PULAU SAPI SABAH

CANTIK KAN....AIR LAUT DI PULAU SAPI....AIR LAUT YANG SUNGGUH JERNIH HINGGA SELURUH  ISI DALAM LAUT DAPAT DILIHAT
MAHU BELAJAR MENYELAM......BOLEH DI PULAU SAPI  SABAH

TEMPAT MENARIK DI SABAH


rumah terbalik di sabah yang pertama di asia
   
pulau-pulau di sabah

KUIH CINCIN SABAH

jika ke sabah jangan lupa beli kuih ini...

kuih ini boleh dibeli di pasar ikan masin berdekatan dgan pasar kraftangan dan pasar filipin

Nama kuih : kuih cincin

PETA TEMPAT MENARIK DI SABAH



tempat peranginan di sabah 




TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI NEGERI SABAH



Tempat Menarik di sabah...



Tempat-tempat menarik di Sabah...siapa yang belum pernah pergi
 ke sabah bolehlah bercuti-cuti sambil-sambil melihat keindahan di negeri dalam malaysia ni...


ini antara tempat-tempat menarik yang kamu patut pergi...

kolam air panas  ini terletak di Ranau..tempat ni orang kenal 
dgn nama Poring Hot Spring...memang terbaik kat sni...air semua 
dr gunung Kinabalu...kat sni ada menyediakan tempat penginapan 
spt chalet...Jarak dr KK ke Ranau dlm 2 Jam 30 je....Lepas itu dalam perjalanan balik ble singgah War memorial,Mesilau(ala2 new zealand & tempat pengambaran Gerimis Megundang),Kinabalu Park(tgk Rafflesia& periuk kera) & Rumah terbalik..

Apa tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu? Memang banyak tempat menarik di seluruh dunia nie untuk dilawati, bahkan tempat-tempat menarik yang ada di negara kita sendiri Malaysia pun tak habis lawati lagi. Kalau ada pun tak ramai, yang kaki melancong mungkin ada yang sudah melawat semua tempat menarik di Malaysia nie.
Kalau ada boleh la kongsi pengalaman sebenar jika melawat tempat-tempat menarik di Malaysia nie.
Tempat menarik di Kota Kinabalu :-
1.kolam air panas ranau
2.kampung luanti baru(fish massage) ranau
3.sabah teh garden ranau
4.kundasang war memorial
5.stawberry garden kundasang
6.mesilau(Ala-ala new zealand)mesilau kunndasang
7.kinabalu park kundasang
8.pulau-pulau sabah..

TIP UNTUK CARI BLOG DALAM GOOGLE




Macam Mana Nak Buat Blog Muncul Dalam Carian Google


Sebenarnya anda tidak perlu lakukan apa-apa, untuk memungkinkan blog anda muncul di carian google. Saya juga tidak pernah melakukan apa-apa teknik. Saya masih ingat kali pertama, blog diindeks dalam carian google.


Hasil pemerhatian dan pengalaman dalam dunia blog ini serta pembelajaran tentang teknik SEO, ada beberapa perkara yang mesti kita lakukan untuk menempatkan blog dalam carian google. Kejayaan yang paling utama apabila kita berjaya menempatkan blog kita pada kedudukan yang pertama.

Antaranya :
*Menulis dalam perkataan yang penuh dan betul ejaannya dalam bahasa melayu, bukan ringkas. Elakkan menggunakan ejaan sebutan yang entah apa-apa. Jika ringkas gunakan istilah ringkas yang sering digunakan dan mudah difahami.

*Gunakan bahasa atau perkataan yang mudah. Seperti bahasa percakapan harian yakni bukan bahasa pasar tetapi bahasa/perkataan yang boleh digunakan dalam karangan berformat dialog. Sila rujuk guru bahasa melayu anda! Hal ini penting kerana pengguna akan mencari sesuatu bahan, artikel atau berita menggunakan sesuatu kata kunci atau istilah yang biasa digunakan.

*Gunakan template blog yang mesra SEO. Contohnya template dari blogspot, wordpress, template yang direka khas oleh penyedia ruangan blog/web. Template yang berat atau server yang menempatkan template tersebut lembap, akan menyebabkan masa loading lambat. Perkara ini akan mempengaruhi SEO.

*Sidebar yang menempatkan ruang posting diletakkan di sebelah kiri. Kerana tulisan rumi dibaca dari kiri ke kanan. Jika anda memilih tiga column, pastikan 2 column yang menempatkan widget disebelah kanan, manakala, column yang menempatkan ruang posting disebelah kiri. Memudahkan googlebot (crawler) memadankan keyword yang dicari pengguna dengan posting di blog anda. Sekiranya, anda meletakkan widget di sebelah kiri, maka lambatlah proses crawling kandungan posting anda diindeks ke enjin carian. Mungkin blog akan ‘miss’ untuk disenaraikan.

*Selepas publish entry/posting, sila lakukan ping pong di beberapa tempat seperti
Gengblogger, Ping-o-MaticTotalPingPinglerPingMyBlog.com. Trafik blog anda akan meningkat, crawler dan googlebot akan mudah menjejaki kandungan blog anda. Jadi harap atau peluang untuk disenaraikan dalam enjian carian sangat cerah.


 

Blog atau web yang kandungannya boleh dipercayai, blog/web yang popular atau mempunyai trafik tinggi, kata kunci yang paling sepadan dengan yang dicari akan berada pada kedudukan yang pertama dalam enjin carian. Begitulah untuk kedudukan yang seterusnya. Wajib diingatkan, isi kandungan sesuatu posting haruslah sama dengan tajuk dan meta tag yang dinyatakan. Jika tidak ia akan memberikan kesan yang buruk pada prestasi blog/web anda! Itupun jika anda tidak kisah dengan prestasi blog/web anda. Jika kisah, ikutlah saranan-saranan tersebut.

Setakat ini sahaja, diharap tips yang diberikan bermanfaat untuk rakan-rakan semua.

PERTAMA KALI BUAT BLOG


pengenalan blog

Saya memang alu-alukan kedatangan penulis baru dalam dunia blog ni. Sebab bagi saya.. suri rumah kalau duduk rumah je , tak buat apa-apa macam bosan sangat. Lepas tu mula lah nak lepaskankan marah kat suami sebab tinggal kita kebosanan hari-hari kan? Oleh itu bagi saya blog memang terapi. suka duka memang saya akan tulis di blog. Tetapi ye lah tak lah tulis secara cukup lengkap. Mesti lah tapis-tapis......kan? asalkan lepas tulis tu semua benda dah terluahkan dan dapat tenangkan diri …


Dah buat blog nak tulis apa??

Bagi saya kalau blog personal memang senang , kita boleh tulis apa sahaja. Topik dalam hidup ni pelbagai. Petik satu kategori dan mula lah cari bahan.Contoh : PercutianMula lah kumpul gambar-gambar tempat yang kita pernah bercuti. Resize gambar kasi cantik. Upload dan mula lah bercerita.Untuk jadikan cerita itu berguna untuk pembaca dan orang lain. Jangan lupa selitkan maklumat paling penting. Kalau bercuti mesti pembaca nak tahu harga hotel , kedai makan mana yang best , apa yang di rekomenkan untuk cuba di tempat percutian tu. Dah ada point-point penting tulis je lah ikut gambar. Senang je kan......


pertama kali berblog

hemmm.......Tiba - Tiba terasa nak share dekat korang pertama kali aku ber-blog . HAHA . Bagi yang dah lama ber-blog korang mesti rasa tersenyum jugak kan bila terkenang kan balik . Sama jugak lah macam aku ney ha . hekhek . Memang betul - betul perkara yang bahagia kot time tuh  . Chewahh .


pertama kali buat blog...

seharian aku di depan komputer...memikirkan apa yang patut aku tulis....

rasa gairah untuk bt blog sangat lah kuat hingga ke malam aku membuat blog yang tak seberapa ini...

pernantian aku ingin memiliki blog sendiri tercapai juga...
rupanya tak lah susah sangat jika ingin ada blog seperti orang lain....
dari sini aku dapat kongsi kan semua apa yg aku ada....