Memaparkan catatan dengan label SABAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SABAH. Papar semua catatan

Jumaat, 2 November 2012

GAYA STREET MARKET-PASAR JALAN GAYA

Jika Anda berada di Kota Kinabalu dan secara kebetulan pada hari Ahad, jangan lupa mengunjungi Pasar Tamu Jalan Gaya

Setiap pagi Ahad, laluan sepanjang Jalan Gaya akan ditutup kepada lalulintas bagi memberi laluan kepada Tamu Jalan Gaya.

Pasar ini dibuka pada orang ramai dari jam 6.30 hingga 1.00 tengahari.


PASAR JALAN GAYA KOTA KINABALU

PERDANA PARK TANJUNG ARU

sempat singgah di Perdana Park, Tanjung Aru (Kota Kinabalu). Salah satu tempat riadah dan pelacongan di Sabah yang semakin menjadi tarikan pengunjung tempatan dan pelancong luar walaupun baharu saja dibuka secara rasmi akhir Januari tahun ini.
memang terniat untuk singgah di tempat ni. Datang ke kawasanTanjung Aru Beach ini kerana ramai dah beritahu tentang kehebatan tempat ini taman ini akan membuat persembahan air pancut berirama (Musical Fountain) pada setiap malam.
Selain daripada persembahan air pancut berirama sebagai daya tarikan, Perdana Park ni juga dilengkapi dengan kemudahan lain; antaranya jogging track, fitness center dan taman permainan kanak-kanak. Jadi tempat ni memang sesuai untuk riadah keluarga.
tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung yang masuk selain daripada bayar tempat letak kereta RM1.50.
Persembahan air pancut berirama setiap malam akan dibuat sebanyak empat kali.


PERDANA PARK TANJUNG ARU

WATER WORLD THEME PARK&KAMPUNG NELAYAN

Tempat nie terletak di Taman Tun Fuad Stephen, Bukit Padang, Kota Kinabalu.
Kalau lihat gambar-gambar di bawah nie memang nmpk mcm tiada pengunjung tapi kalu petang2, org yg berkunjung terlalu ramai sehinggakan kita tidak nmpk lagi lantai kerana dipenuhi dgn kain2 baju, seluar-seluar kecil/besar/tangan panjang dan tuala-tuala kecuali tuala yg gitu-gitu itu sangkaan aku hahaa

Ok, kalu mau berkunjung ke sini...... tiket masuk Rm15 sorang kecuali kanak2 dibwh 3 tahun (lain juga OOo... mau mandi puuuunnn..kena byr hahahaha...

Bagi yg tidak mau masuk water world, bulih lah pigi ke pondok2 urut (istimewanya - tukang urutnya urg yg buta) aku pun tak tahu betul ke tidak sebab masa aku pergi tidak ada pun tukang urut...hemmm atau ke restoran2 nelayan di sana.....

aku cuma mahu pergi ke water world cuma nak tengok2 tempat saja yg mengejutkan kampung nelayan yang aku tgok dulu... dibelakang restoran ini baru itu water world thema park sungguh mengejutkan hahha



water world theme park










kampung nelayan



THE GREEN CONNECTION

Green Connection ini di buka Setiap hari dari jam 9.30 pagi sehingga 5 petang.Mengikut cerita orang-orang yang pernah datang, Green Connection ne macam Aquaria KLCC juga...

tapi masa aku pergi hari tu...masa orang membuat kebersihan...tapi jika nak kata kan Aquara KLCC ku rasa tidak sama...jika nak rasa sendiri pergi lah melawat dan tengok sendiri keadaan di sana...

Dapt tengok haiwan, boleh dapat info juga.So melawat sambil belajar 

TIKET MASUK : RM15.00 DEWASA


THE GREEN CONNECTION 

ST MICHAEL CHURCH PENAMPANG

Nama daerah Penampang diambil dari nama salah sebuah kampung yang terawal diwujudkan bernama Kg.Penampang.
  
 Kampung ini mendapat nama dari perkataan 'Pampang' yang bererti batu besar.  Ini kerana pada zaman dahulu banyak batu besar terdapat dikawasan Kg.Dambai ditepi Sungai Moyog/Petagas dimana Kg. Penampang terletak sekarang.

 Lama-kelamaan sebutan "Pampang" bertukar menjadi Penampang.

Perlu diambil perhatian bahawa bangunan Gereja St.Michael Penampang dibina dengan menggunakan batu besar dari kawasan Kg.Penampang...ianya di kelilingi oleh rumah-rumah penduduk tempatan...

Gereja ini merupakan gereja tertua di sabah dan yang uniknya dibina dengan menggunakan batu2 yang besar

jika nak melihat sendiri dan merasainya pergi lah melihat dengan mata sendiri hahahaha....

ST.MICHAEL CHURCH PENAMPANG SABAH



SIGNAL HILL OBSERVATORY PLATFORM

Selepas melawat Menara Jam Atkinson kita boleh pergi ke Signal Hill Observatory yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 10-15 minit sahaja. Di Signal Hill Observatory kita boleh menikmati pemandangan Kota Kinabalu yang begitu cantik dan indah. Masuk disini adalah PERCUMA dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Jadi kalau ke Kota Kinabalu jangan lupa singgah disini ye..
Terdapat tempat rehat dan tempat duduk untuk menikmati pemandangan di Signal Hill Observatory. Memang rugi kalau tak pergi sini..Tapi jika hari dah petang memang banyak orang datang ke sini....



\
signal hill observatory platform kota kinabalu
meanara jam atkinson dan signal hill observatory berdekatan saja jadi tidak salah jika megunjungi tempat ini  sekali gus....

PETAGAS WAR MEMORIAL-TAMAN PERINGATAN PETAGAS

Taman Memorial Perang ini telah dibuka sempena memperingati jasa mereka yang telah gugur di medan peperangan semasa mempertahankan Sabah pada zaman pemerintahan Jepun sepanjang Perang Dunia Ke-2.
Taman Memorial ini terletak di tempat asal di mana 176 daripada pejuang gerila telah dibunuh beramai-ramai pada 21hb Januari 1944
saya memang suka bermain dengan camera jadi semoga sedikit info ini berguna untuk semua....
saya memang sengaja mahu pergi ke tempat ni kerana ini tempat bersejarah...

Taman peringatan petagas

MENARA TUN MUSTAPHA-SABAH FOUNDATION BULDING


SAYA INGIN SANGAT PERGI KE BANGUNAN INI KERANA INGIN MERASAI RESTORAN YANG BERPUSING YANG MENJADI TARIKAN PELANCONG KE SINI TEPI MASA SAYA PERGI NI SUNGGUH LAH HAMPA SEBAB ORANG YANG BERKERJA DI DALAM BANGUNAN INI MEMBERITAHU 

WANITA : ADIK NAK KEMANA?
SAYA :OH YA KAK SAYA INGIN PERGI KE RESTORAN ATMOSPHERE....SEBAB SAYA ADA TENGOK INTERNET YANG ADA RESTORAN INI DAPAT BERPUSING....
WANITA : O..RESTORAN ITU SUDAH LAMA TUTUP...
SAYA :IYA KA DENGAN NADA TERKEJUT DAN HAMPA...O..TAK APA LAH KAK KALAU MACAM ITU...TERIMA KASIH....

ITU LAH PERBUALAN AKU DENGAN WANITA TERSEBUT....

JIKA ANDA SEMUA NAK PERGI KE SINI MENGGUNAKAN KERETA.....GUNAKAN JALAN UMS PASTI SAMPAI JALAN NYA LURUS SAJA...JIKA PERGI KE SINI JANGAN LUPA PERGI 1 BORNEO...JUGA..

MOGA SEDIKIT INFO INI BERGUNA UNTUK SEMUA.....
Menara Tun Mustapha yang terletak di Kota KinabaluSabah merupakan antara 4 bangunan di dunia yang menggunakan teknologi "bangunan tergantung". Menara yang disiapkan pada tahun 1976 ini dinamakan bersempena Ketua Menteri Sabah ketiga, Tun Datu Mustapha Datu Harun.
Menara setinggi 30 tingkat ini menempatkan beberapa jabatan kerajaan negeri serta menempatkan ibu pejabat Yayasan Sabah. Akan tetapi, tarikan utama menara ini adalah restoran berputar "Atmosphere" di tingkat 18 yang merupakan satu-satunya restoran berputar di pulau Borneo(SUDAH TUTUP LAH). Menara Tun Mustapha senang dilihat jika anda berkereta ke utara Kota Kinabalu.


MENARA TUN MUSTAPHA

ATKINSON CLOCK TOWER-MENARA JAM ATKINSON

 SEBENARNYA SAYA TAK TAHU PUN TEMPAT BERSEJARAH NI TAPI KERANA TAK TAHU APA LAGI NAK BUAT DI SABAH JADI AKU MENCARI-CARI DALAM INTERNET TEMPAT BERSEJARAH DI SABAH DAN INI ADALAH SALAH SATUNYA...

 JIKA ANDA MENGGUNAKAN KERETA JIKA TIDAK TAHU JALAN KE TEMPAT INI TENGOK-TENGOK LAH PETA GOOGLE...SAYA PERGI KE TEMPAT INI DENGAN BERPANDUKAN PETA DARI GOOGLE SAJA...

JIKA ANDA MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR LEBIH BAIK LAGI KERANA DENGAN MENGGUNAKAN GPS TELEFON TERSEBUT KAMU TIDAK AKAN MUDAH TERSESAT...SELAMAT MELANCONG KE PADA SEMUA...

SEMOGA SEDIKIT INFO INI BERGUNA UNTUK SEMUA...

Menara Jam Atkinson ialah antara bangunan tertua yang masih gagah berdiri di sebalik kesibukan bandar Kota Kinabalu sehingga kini. Nama asal bangunan ini ialah Atkinson Clock Tower. Terletak berhampiran dengan Padang Merdeka KK.
Dibina pada 1905, tujuan pembinaannya ialah untuk mengenang jasa seorang pentadbir British yang berkhidmat pada masa itu iaitu Francis George Atkinson, yang meninggal dunia pada usia 28 tahun akibat ‘demam borneo’. Menara ini dibina hasil sumbangan keluarga Atkinson dan para pelayar pada masa itu
Pembinaan menara ini dilakukan oleh tukang kapal. Dibina dengan kayu Merbau tanpa menggunakan sebarang paku. Tinggi menara ini ialah 50 kaki dan tapak menara 6’3″ x 6’3″. Menara ini menjadi panduan kepada kapal yang ingin berlabuh di Jesselton pada masa itu sehingga 1950an.

ATKINSON CLOCK TOWER KOTA KINABALU SABAH

TUGU PERINGATAN DOUBLE SIX





TUGU PERINGATAN DOUBLE SIX 



Dalam tragedi yang berlaku pada pukul 3.50 petang, Jun 6, 1976, pesawat Nomad buatan Australia dan milik Sabah Air terjatuh ke dalam laut di pantai Sembulan, Kota Kinabalu, dan meragut nyawa Ketua Menteri Sabah yang pertama dan kelima, Allahyarham Tun Muhammad Fuad Donald Stephens.
Stephens, dari Papar dan Tambunan, yang juga dikenali sebagai Hoguan Siou (Pemimpin Agung) kaum Kadazan-Dusun, suku kaum bumiputera terbesar di Sabah (45 peratus penduduk Sabah), ialah seorang Bapa Kemerdekaan Sabah.
Allahyarham telah menjadi Ketua Menteri Sabah pertama dari tahun 1963 ke 1964 dan Yang Dipertua Negeri Sabah ketiga dari tahun 1973 ke 1975. Stephens ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dari kaum Kadazan-Dusun.
Allahyarham adalah ayahanda kepada bekas pengarang majalah Men’s Review Faridah Jean Stephens dan usahawan Asgaari James Stephens dan Affendi Richard Stephens (seorang pemilik syarikat Astro TV).
Allahyarham juga adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah keenam Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan yang kini bergelar Timbalan Ketua Menteri Sabah. Kitingan adalah pemegang gelaran Hoguan Siou selepas kematian Stephens.
Stephens adalah bekas pemilik bangunan terkenal di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, Wisma Cosway, yang asalnya digelar Wisma Stephens.
Allahyarham juga adalah wartawan pertama di Sabah dan pengasas surat khabar The Sabah Times (kini The New Sabah Times).
Stephens juga adalah kawan karib wartawan Korea-Amerika terkenal Jimmy Hahn, ayahanda kepada wartawan CNN Lorraine Hahn (yang berketurunan Korea, Cina dan Thai dari Pulau Pinang).
Turut terkorban dalam nahas ngeri itu ialah:
Menteri Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Peter Mojuntin iaitu ayahanda kepada Ahli Parlimen Penampang Datuk Donald Mojuntin [dari Penampang];
Menteri Perhubungan Dan Kerja Raya Sabah Datuk Chong Thian Vun [dari Sandakan];
Menteri Kewangan Sabah Datuk Salleh Sulong [dari Kota Belud];
Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri Darius Binion [dari Penampang];
Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Wahid Peter Andu [dari Penampang];
Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Syed Hussein Wafa [Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Penampang];
Setiausaha Sulit bekas Presiden Petronas dan bekas Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan [dari Kota Baru, Kelantan];
Pengawal peribadi Stephens, Korporal Mohamad Said [dari Penampang];
Juruterbang pesawat Kapten Gandhi J. Nathan [dari Kuala Lumpur];
Anak angkat Stephens, Johari John Stephens.
Kitingan yang pada masa itu bertugas sebagai Pembantu Ketua Menteri hampir menaiki pesawat yang malang itu tetapi disuruh menukar pesawat oleh Stephens.
Tengku Razaleigh juga hampir menaiki pesawat itu tetapi telah dibawa ke dalam pesawat lain oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Harris Salleh, yang akhirnya menggantikan Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah kelima.
[Harris, ketua kaum Kedayan dari Labuan adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah ke-13 Datuk Seri Musa Aman Khan. Musa adalah saudara kepada isteri Harris Datin Seri Rubiah Khan yang berketurunan Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Beaufort]
Pesawat yang hanya boleh memuatkan 6 orang anak kapal itu terhempas berdekatan dengan Kampung Air Sembulan yang berhampiran Masjid Negeri Sabah dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (2 km dari tempat nahas).
[Kampung Air Sembulan kini telah dibangunkan semula sebagai kawasan perumahan moden]
Pasukan penyelamat dari polis, tentera dan bomba, mendapati bahawa mayat kesemua mangsa telah hancur. Kecuali Mojuntin yang hanya cedera di belakang kepala.
Pesawat itu telah bertolak dari Lapangan Terbang Labuan pada pukul 3.30 petang menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Pemimpin-pemimpin negeri Sabah pada masa itu sedang menyambut Tengku Razaleigh yang melakukan lawatan rasmi ke Sabah. Lawatan itu bermula di Labuan.
Pada awal pagi sebelum kejadian, Stephens telah menyertai pertandingan berjalan kaki di Kota Kinabalu. Allahyarham kemudian menaiki pesawat ke Labuan pada jam 10 pagi.
Pada pukul 3.30 petang, dua pesawat Sabah Air bersedia membawa rombongan Stephens dan Razaleigh pulang ke Kota Kinabalu.
Razaleigh dan Kitingan dijadualkan menaiki pesawat yang sama dengan Stephens tetapi Stephens telah mengarahkan Kitingan bertukar tempat dengan Mojuntin yang dijadualkan mengiringi Harris dalam pesawat yang kedua.
Harris telah membawa Kitingan dan Razaleigh ke dalam pesawat yang kedua, dengan persetujuan Stephens.
Stephens telah dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah. Allahyarham menjadi Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dikebumikan di masjid itu.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Rahimah June Stephens dari Sandakan, dan 3 orang anak iaitu Affendi, Asgaari dan Faridah.
Kerajaan Malaysia telah menamakan beberapa jalan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, jalan pasar Kota Kinabalu, dan kompleks kerajaan di Karamunsing, Kota Kinabalu, sempena Allahyarham.
Kerajaan negeri Sabah pimpinan Harris telah mengarahkan pembinaan tugu peringatan Double Six di tempat nahas pada akhir tahun 1976.