Jumaat, 2 November 2012

ATKINSON CLOCK TOWER-MENARA JAM ATKINSON

 SEBENARNYA SAYA TAK TAHU PUN TEMPAT BERSEJARAH NI TAPI KERANA TAK TAHU APA LAGI NAK BUAT DI SABAH JADI AKU MENCARI-CARI DALAM INTERNET TEMPAT BERSEJARAH DI SABAH DAN INI ADALAH SALAH SATUNYA...

 JIKA ANDA MENGGUNAKAN KERETA JIKA TIDAK TAHU JALAN KE TEMPAT INI TENGOK-TENGOK LAH PETA GOOGLE...SAYA PERGI KE TEMPAT INI DENGAN BERPANDUKAN PETA DARI GOOGLE SAJA...

JIKA ANDA MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR LEBIH BAIK LAGI KERANA DENGAN MENGGUNAKAN GPS TELEFON TERSEBUT KAMU TIDAK AKAN MUDAH TERSESAT...SELAMAT MELANCONG KE PADA SEMUA...

SEMOGA SEDIKIT INFO INI BERGUNA UNTUK SEMUA...

Menara Jam Atkinson ialah antara bangunan tertua yang masih gagah berdiri di sebalik kesibukan bandar Kota Kinabalu sehingga kini. Nama asal bangunan ini ialah Atkinson Clock Tower. Terletak berhampiran dengan Padang Merdeka KK.
Dibina pada 1905, tujuan pembinaannya ialah untuk mengenang jasa seorang pentadbir British yang berkhidmat pada masa itu iaitu Francis George Atkinson, yang meninggal dunia pada usia 28 tahun akibat ‘demam borneo’. Menara ini dibina hasil sumbangan keluarga Atkinson dan para pelayar pada masa itu
Pembinaan menara ini dilakukan oleh tukang kapal. Dibina dengan kayu Merbau tanpa menggunakan sebarang paku. Tinggi menara ini ialah 50 kaki dan tapak menara 6’3″ x 6’3″. Menara ini menjadi panduan kepada kapal yang ingin berlabuh di Jesselton pada masa itu sehingga 1950an.

ATKINSON CLOCK TOWER KOTA KINABALU SABAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAI SEMUA....